Buku: Hadis 40 Imam Nawawi Buku Agama Oleh Ustaz Zahazan Mohamed
Ustaz Zahazan Mohamed
Hj Muhammad Zakaria
Harga: RM23.00 (Less 20% for ahli buku911)
Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis. Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya.
Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.
Buku: Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab
Buku: Noorah
Noorah
Penulis: Ummu Hani Abu Hassan
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00 (ahli buku911 Less 20%)
Sebuah bacaan yang penuh inspirasi, ketabahan seorang wanita menghadapi bermacam-macam siri ujian daripada Allah wajar ditekuni oleh pembaca! NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire. Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya dahsyat dan teruk.
Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.
Buku: Di Tengah Kota
Pengarang : Nora & Zakaria Sungib
Kata Pengantar: Pahrol Mohd Juoi
Tebal : 320
Harga: RM20.00 (Less 20% ahli buku911)
Pembaca disajikan dengan fakta, cerita dan kenangan sasterawan agama Haji Ali Haji Ahmad atau terkenal dengan nama pena Nora. Melalui memoir ini, pembaca akan dapat menyelami detak rasa, limpahan pengalaman dan bahang keyakinan Nora menerusi himpunan tulisan beliau yang sarat dengan nilai dakwah dan tarbiah. Buku ini juga membawa pembaca mendekati sosok sasterawan ini melalui nota-nota pinggir Zakaria Sungib.
Dengan lahirnya buku ini, Pak Cik Nora telah menunaikan satu amanah yang kerap diwasiatkan oleh hukama: Lakukanlah sesuatu yang terus hidup setelah kamu mati! ulas Pahrol Mohd Juoi, penulis dan perunding motivasi, dalam kata pengantarnya untuk buku ini.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian: Prolog , Memoir zaman remaja Nora di Johor Bahru dan Sungai Mati, Muar. Di Tengah Kota, Memoir Nora bermula dari dekad 1960-an ketika pohon karyanya berbuah ranum dan penghijrahan ke arena penulisan dakwah. Epilog Memuatkan memoir dan nota-nota pinggir tentang kehidupan di usia senja Nora.
Maklumat tambahan: Beliau merupakan antara sifu penulisan kepada penulis kata pengantar.
BUKU: Untukmu Wanita.
Tajuk : Untukmu Wanita
Penulis : Zaharuddin Abd Rahman
Tebal : 214
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga : RM 21.00 (Ahli buku911 less 20%)
Tahun : Cetakan Pertama , 2009
Buku Untukmu Wanita merupakan karya Ust. Zaharuddin Abd. Rahman yang dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Buku ini merangkumi tiga bahagian iaitu Wanita, Aurat dan Maruah; Wanita dan Munakahat; Wanita dan Rumah Tangga. Buku ini sangat menarik, santai dan isu-isu yang diketengahkan berkaitan dengan permasalahan kaum wanita zaman moden ini. Selamat membaca, semoga ada manfaatnya.
Untukmu Wanita
Wanita mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri, dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah Negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan….
Wanita, Aurat dan Maruah
Jika anda berada di hadapan Baginda SAW, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?
Wanita dan Munakahat
Tiada salahnya,perigi mencari timba’. Ada wanita yang berkenan kepada lelaki yang baik namun menghadapi masalah untuk memulakan langkah.
Wanita dan Rumah Tangga
Cemburu itu satu tuntutan. Fahami dan sedarilah bahawa anda sebenarnya memiliki seorang suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
SUMBER: Untukmu Wanita, Zaharuddin Abd Rahman
Beli CD Mukmin Profesional online sekarang.
2 CD Rakaman segmen Mukmin Profesional dengan Harga RM36.00 termasuk pengeposan diseluruh Malaysia (24 topik perbincangan kupasan mengenai MUKMIN Profesional, 16 jam masa bersiaran). Dapatkan segera. Yang terbaik untuk anda.
Rakaman Audio MP3 Mukmin Profesional di Radio IKIM.fm
Harap Maklum: Rakaman dalam bentuk MP3. Player MP3 compatible diperlukan utk kenderaan tertentu. Boleh dimainkan pada semua jenis komputer.
(Purata masa rakaman bagi 1 CD ialah 8 jam. Sebab itu kami sediakan dalam format mp3. Sekiranya kami sediakan dalam format artist, hanya 1 rakaman sahaja dapat kami masukkan untuk satu CD ( max 70 minit rakaman per CD utk format artist).
Kami mahu ramai berpeluang dapatkan CD ini dan mendapat manfaat daripadanya.
BAHAN PERBINCANGAN di dalam CD 1:
Vol 1
01 Mukmin Profesional 40:01
02 Mukmin Pro- Sumber Ambilan dan Teladan 43:20
03 Mukmin Pro- Sumber Ambilan dan Teladan 2 44:04
04 Mukmin Pro- Rasulullah SAW sebagai Model 41:45
05 Lagu Mukmin Profesional 3:47
Vol 2
01 Mukmin Pro- Rasulullah SAW sebagai Model 2 42:54
02 Mukmin Pro- Budaya Zikir dan Fikir 39:01
03 Mukmin Pro- Cemerlang Dunia Akhirat 38:19
04 Mukmin Pro- Keyakinan Pada Akhirat 36:13
05 Lagu Mukmin Profesional 3:47
Vol 3
01 Mukmin Pro- Ciri Orang Cemerlang 35:57
02 Mukmin Pro- Harga Diri 38:50
03 Mukmin Pro- Formula Kejayaan Individu 43:22
04 Mukmin Pro- Sikap Memberi 44:14
05 Lagu Mukmin Profesional 3:47
BAHAN PERBINCANGAN di dalam CD 2:
SMS atau hubungi: Ahmad 019-378 3100, email: buku911@yahoo.com
Bank Kerjasama Rakyat: KPPD di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang.
This slideshow requires JavaScript.
Terima kasih kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 9 hingga 11 hb Dis 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.
Mudah-mudahan program ini mampu mencapai Visi Bank Rakyat iaitu: “Bank Rakyat Bank Pilihan Anda”.
Ust Hashim Ahmad, Ust Nasib, dan En Ahmad Zalani telah diamanahkan untuk mengendalikan program pada kali ini.
PLUS EXPRESSWAY: KPPD di Cherengin hill Resort, Janda Baik, Pahang.
Terima kasih kepada pihak Plus Expressway yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan Program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 6 hingga 8 hb Dis 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.
Ini merupakan siri yang ke-2 peringkat eksekutif pada tahun ini. Dengan hasil perubahan ketara yang telah berlaku kepada bekas peserta dan perubahan baik pada organisasi, kami di anugerahkan atas kepercayaan mereka untuk menjalankan program yang sama pada semua peringkat.
Terima kasih atas tawaran tersebut. InsyaAllah, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memohon bantuan Allah dalam menjayakan permintaan pihak Plus.
Terima kasih kepada urusetia program pada minggu ini iaitu En Anuar, yang terpaksa berulangalik dari Kuala Lumpur ke janda baik, Pahang semata-mata mahu memastikan kelancaran program kepada semua pihak. Tahniah kerana memiliki kakitangan yang hebat dan berjaya menceriakan suasana sepanjang hari.
Ust Hashim Ahmad, Ust Rizal dan En Ahmad Zalani diamanahkan untuk mengendalikan program bersama mereka pada kali ini.
This slideshow requires JavaScript.
Open Program; Mukmin Pro Modul 1 Siri 2 (Kesedaran) di Dewan FPSB, PJ
This slideshow requires JavaScript.
Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan anda dalam mengisi Program Mukmin Profesional sIRI 2, pada 3 Disember 2011. Program yang mana sebelum ini hanya tertumpu kepada organisasi, kini dibuka pada umum.
Kepada Alumni Gagasan Mukmin Profesional, hadamkanlah buku nota yang diperolehi, ambillah yang baik dan laksanakan ia di dalam kehidupan. Semoga beroleh kebahagian dan ketenangan dalam menuju maksud hidup kita dijadikan. “What you SEE is what you GET, WHO you are determine WHAT you see”
Berjumpa kita lagi di Modul yang kedua iaitu pada bulan Mac akan datang.
Ust Pahrol, Ust Nasib dan En Ahmad berusaha memberikan yang terbaik kepada anda semua.




