Monthly Archives: October 2011

Bersama Penulis Mukmin Profesional

Assalamualaikum, kepada pengunjung yang dikasihi dan dirahmati Allah, tempahan boleh dilakukan sekarang.

Anda boleh dapatkan buku-buku tulisan Ust Pahrol disini secara Online:

Bil Judul Buku Penulis Harga Jualan (RM) Diskaun  15% (RM) Harga selepas diskaun
1 Dimana DIA dihatiku Ust Pahrol

15.00

2.25

12.75

2 Nota Hati Seorang lelaki Ust Pahrol

20.00

3.00

17.00

3 Nota Fikir dan Zikir Ust Pahrol

19.00

2.85

16.15

4 Beduk Diketuk Ust Pahrol

26.00

3.90

22.10

5 Dilema Melayu Ust Pahrol

30.00

4.50

25.50

6 Mukmin Profesional Ust Pahrol

55.00

8.25

46.75

7 Tentang Cinta Ust Pahrol

25.90

3.89

22.02

8 Satu Rasa Dua Hati Ust Pahrol

22.50

3.38

19.13

9 Bina Visi dan Misi Anda Ust Pahrol

8.00

1.20

6.80

10 Formula Solat Sempurna Ust Zaharuddin

25.90

3.89

22.02

11 Kompilasi 3 in 1: Aku Terima Nikahnya Ust Hasrizal

55.00

8.25

46.75

12 Bercinta Sampai ke Syurga (No 2) Ust Hasrizal

25.00

3.75

21.25

13 Murabbi Cinta (No 3) Ust Hasrizal

25.00

3.75

21.25

14 JIN Hakikat dan Pengubatan Dato’ Ismail Kamus

34.90

5.24

29.67

15 Indahnya Hidup Bersyariat Dato’ Ismail Kamus

55.00

8.25

46.75

16 Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit Dr Adi Hashman

19.90

2.99

16.92

Terima Kasih atas sokongan anda.

Hotline/sms: 019-378 3100; email: buku911@yahoo.com

A: Emmm…OK lah, pukul rata bagi belian BAWAH RM200.00 saya bagi Diskaun 15%  SEHINGGA 30 November 2011. (pssstt kak, doakan saya perolehi rezeki yang berkat. sedikit mencukupi, banyak boleh diagihkan. amin). Cara kiranya senang sahaja, kirakan harga asal dahulu kemudian tolak 15% diskaun dan campurkan pula kos penghantaran.

Q: Macamana nak kira semua jumlah termasuk penghantaran pos?

A: Sila KLIK SINI (Kalkulator)

Q: Saya nak cari buku, tapi tiada dalam senarai?

A: Saya mudah dapatkan semua buku terbitan Galeri Ilmu, semua buku terbitan PTS dan semua judul dari Telaga Biru. Email saya judul buku, kuantiti dan keluaran penerbit mana, saya cuba berikan harga yang menarik pada anda. Email saya: buku911@yahoo.com Klik disini untuk pertanyaan.

Advertisements

Takaful Ikhlas: KPPD di Impian Rimba

  

 

Terima kasih kepada Takaful Ikhlas yang tidak jemu-jemu menjemput kami bagi menjayakan Program KPPD kepada kakitangan lantikan baru bertempat di Impian Rimba Resort pada 21 Okt hingga 23 okt 2011.

Sudah tentu kepercayaan yang diberikan akan kami balas dengan kesungguhan dan komitmen yang penuh, InsyaAllah. Semoga para peserta mampu melihat diri ini sebagai hamba Allah yang diamanahkan untuk mentadbir bumi.

Ust Nasib bersama Ust Junaid akan bersama peserta dalam menghabiskan modul kppd ini.

UPSI: Mukmin Profesional di Bangunan Bitarasiswa

Terima kasih kepada Unit Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak, yang memberi kepercayaan kepada kami bagi menjalankan program Mukmin Profesional kepada kakitangan UPSI. Seramai 38 peserta lelaki dan 9 peserta wanita bertuah dipilih untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh mereka. Program ini berlangsung pada 24 okt – 25 okt 2011.

Ust Hashim, Ust Pahrol dibantu oleh En Ahmad dan Brother Afdhaluddin berusaha memastikan peserta dapat bersedia dalam memberikan tumpuan dan kesungguhan bagi mencapai maksud percambahan Ilmu dan bermotivasi untuk bergerak ke daerah kebaikan.

Tahniah kepada Urusetia program yang mendapat anak buah yang baik-baik dan mudah bagi mereka menguruskan perjalanan program.

This slideshow requires JavaScript.

UMUM: Mukmin Profesional di Dewan Latihan Fitrah Perkasa

Alhamdulillah program Umum Mukmin Profesional Modul 1 (First Batch) telah berjaya dilaksanakan pada 22hb Oktober 2011. Terima kasih kepada semua peserta yang bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan manfaat sebanyak mungkin dari program yang dijalankan selama sehari. Kerana andalah, tugas kami sebagai fasi menjadi mudah dan lancar hasil dari komitmen anda yang tinggi.

Peserta lelaki seramai 16 orang manakala wanita seramai 23 orang.

Ustaz Pahrol, Ustaz Hashim, En Ahmad, Pn Saadah dan Cik Nurul berusaha memberikan terbaik kepada peserta.

InsyaAllah antara perkara yang boleh diberikan kepada Alumni Gagasan Mukmin Profesional ialah, mendapat potongan harga bagi belian buku-buku edaran Fitrah Perkasa Sdn Bhd sebanyak 20%.

Kepada Peserta Batch 1, kongsikan pengalaman anda pada program ini. Terima kasih diatas sokongan anda.

This slideshow requires JavaScript.

PLUS EXPRESSWAY : KPPD di Hotel Impian Morib

 

Terima kasih kepada PLUS EXPRESSWAY yang telah memberikan kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd bagi menjayakan Program KPPD bertempat di Hotel Impian Morib. Program yang berlangsung selama 3 hari ini akan bermula pada 19 okt hingga 21 okt  2011.

Ust Hashim dan Ust junaid bersama-sama mengambil tugas yang diamanahkan, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka di sana.

Selamat berkursus kepada seluruh kakitangan yang terbabit. Semoga anda mendapat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang anda tinggalkan.

PERODUA: Mukmin Profesional di Perangsang Templer Golf Club

  

Terima kasih kepada Perodua yang memberi sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa bagi menjalankan program Mukmin Profesional siri ke 6 untuk tahun ini. Ust Nasib dan Brother Arif  diamanahkan untuk menjalankan program tersebut selama 2 hari bermula 19 okt hingga 20 okt 2011 di Perangsang Templer Golf Club.

Selamat berkursus kepada peserta perodua yang terdiri daripada dan Penyelia-Penyelia bahagian.

UiTM Puncak Alam: Mukmin Profesional Mahasiswa Cemerlang

 

Terima kasih kepada unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian HEP & Alumni, UiTM Kampus Puncak Alam yang memberi kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd bagi mengendalikan program Mukmin Profesional kepada  Mahasiswa/i di sana. Program yang akan berlangsung pada 15 hb Okt 2011 ini akan bermula pada pukul 8.00pagi dan dihadiri oleh seramai 100 orang peserta.

Ketibaan awal sehari kami bagi tujuan pemeriksaan awal dewan latihan disambut dalam suasana mesra dan ceria oleh Ust Sulaiman dan Puan Mawaddah . Kami diamanahkan untuk menyampaikan maksud dan kehendak mereka antaranya agar para peserta dapat menggilap dan mempertingkatkan jati diri  dengan cara yang betul dan tepat. Bagaimanakah cara kita mendapatkan, meningkatkan dan mengekalkan momentum Mahasiswa/i Cemerlang? InsyaAllah mereka dapat perolehinya semasa program ini berlangsung.

Ust Pahrol, Ust Hashim, brother Arif dan saya berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka semua kerana mereka adalah antara pewaris kepimpinan dimasa akan datang. Kita mahukan pemimpin yang cemerlang mentadbir dunia dalam memandu perjalanan menuju akhirat. Amin.

Siaran langsung Al Kuliyyah Hari Ini di TV3 (5pm-6pm)

  Fitrah Perkasa Sdn Bhd

Saksikan Ust Pahrol Mohd Juoi bersiaran secara langsung di rancangan Al-Kuliyyah, TV3 petang ini.

Tajuk : Bersangka Baik Demi Cinta

Masa : 5.00 PM- 6 PM

Tarikh : 14 Okt 2011

BAKAT LAUT: KPPD di Lumut

  

Terima kasih kepada BAKAT LAUT LUMUT yang tidak jemu-jemu bersama Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam menjayakan program KPPD kepada ahlinya. Ust Nasib bersama ust. Sayuti dan ust Khairudin diamanahkan menjalankan program ini di sana.

Program yang bermula pada 11 okt dan akan berakhir pada 13 okt 2011. Selamat berkursus kepada anggota BAKAT LAUT di Lumut.

PERODUA: Mukmin Profesional di Perangsang Templer Golf Club

   

Terima kasih kepada Perodua yang memberi sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa bagi menjalankan program Mukmin Profesional siri ke 5 untuk tahun ini. Saya bersama ust Pahrol dan ust Junaid diamanahkan untuk menjalankan program tersebut selama 2 hari bermula 12 okt hingga 13 okt 2011 di Perangsang Templer Golf Club.

Selamat berkursus kepada peserta perodua yang terdiri daripada Executive dan Penyelia.