Monthly Archives: November 2011

5 minutes break

I believe

http://www.youtube.com/watch?v=IAtMsB4SIoc

Advertisements

PLUS EXPRESSWAY: KPPD di Hotel Impian, Morib.

Terima kasih kepada pihak Plus Epressway yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 15 hingga 17 hb Nov 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.

Ini merupakan siri yang ke-11 pada tahun ini. Dengan hasil perubahan ketara yang telah berlaku kepada bekas peserta dan perubahan baik pada organisasi, kami di anugerahkan atas kepercayaan mereka untuk menjalankan program yang sama pada peringkat eksekutif.

Terima kasih atas tawaran tersebut. InsyaAllah, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memohon bantuan Allah dalam menjayakan permintaan pihak Plus.

Terima kasih kepada urusetia program pada minggu ini iaitu Pn Fadzlon dan En Anuar, atas kerjasama yang sangat hebat dalam membantu kami mencapai kejayaan matlamat program. Terima kasih juga pada penghulu pada kali ini, En Hayani dari kumpulan Abu Bakar dan Pn Ana dari kumpulan Aishah. Tahniah kerana memiliki anak buah yang hebat dan anda berdua berjaya menceriakan suasana sepanjang hari.

Ust Hashim Ahmad, Ust Junaid, Tn Hj Ahmad Salim dan En Ahmad Zalani diamanhakan untuk mengendalikan program pada kali ini.

This slideshow requires JavaScript.

MOSTI: Transformasi Profesionalisme di Regency Hotel, Tanjung Tuan, PD.

Terima Kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd untuk mengendalikan Program Transformasi Profesionalisme buat julung kalinya. Sebelum ini, pihak kami dijemput sebagai penceramah bagi mengisi slot-slot pilihan di Putrajaya.

Ustaz Nasib, Ustaz Junaid, Ustaz Pahrol, Ustaz Arif dan En Ahmad Zalani diamanahkan untuk kendalikan program ini.

Terima kasih juga pada kerjasama yang sangat baik daripada pihak urusetia MOSTI iaitu Ustaz Azwan dan Ustazah Khairani dalam menjayakan program ini.

Program yang telah berlangsung di Hotel Regency, Port Dickson ini dihadiri oleh seramai 35 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan.

Semoga semua peserta mendapat pertambahan ilmu, bersedia dan berusaha untuk melakukan transformi ke arah kecemerlangan diri dan organisasi. Tahniah kepada semua peserta.

This slideshow requires JavaScript.

UMUM: Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular; PPLI, IKIM.

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada pihak IKIM yang telah menjemput Fitrah Perkasa Sdn Bhd bagi mengendalikan bengkel penulisan Islami yang telah diamanahkan kepada Ust Pahrol Mohd Juoi.

Bengkel yang berlangsung selama 1 hari pada 12/11/2011 bertempat di Dewan Besar, IKIM, telah dihadiri oleh seramai 80 orang peserta dari pelbagai negeri. Program yang berjalan dari pukul 8.00 pagi – 4.30 ptg dirasakan seperti tidak mencukupi  dan terlalu singkat.

Banyak pengalaman penulis dikongsikan bersama dengan peserta. Semoga semua peserta pada  kali ini dapat menyediakan sebuah penulisan yang mantap dan mampu mengisi kepuasan jiwa pembaca.

Tahniah kepada semua peserta.

KAGAT: Mukminah Profesional di Hotel Royale Bintang Seremban

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang memberikan kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd untuk mengisi program Nadwah Ilmiah Isteri-Isteri Pegawai Kanan 2011. Terima kasih yang tak terhingga pada Mejar Zambri selaku ketua koordinator program bersama team KAGAT, kerana banyak membantu kami dalam kelancaran pengisian program dan aktiviti.

Program ini berlangsung pada 24 Okt hingga 28 Okt ini diisi oleh  Ust Hashim, Ust Nasib dan En Ahmad Zalani.

Semoga program ini memberi manfaat dan kebaikan yang banyak kepada keluarga peserta. Amin.

KAGAT: Mukmin Profesional di Hotel Royale Bintang Seremban

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang memberikan kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd untuk mengisi program Nadwah Ilmiah NAIM Pegawai Kanan 2011 kali ke 3 berturut-turut. Terima kasih yang tak terhingga pada Mejar Zambri selaku ketua koordinator program bersama team KAGAT, kerana banyak membantu kami dalam kelancaran pengisian program dan aktiviti.

Program yang berlangsung pada 24 Okt hingga 28 Okt ini diisi oleh Ust Pahrol, Ust Hashim, Ust Nasib, Tn Hj Ahmad Salim, Ust Arif dan En Ahmad Zalani.

Response yang baik datangnya dari peserta yang ingin membawa Modul Mukmin Profesional ini ke jabatan dan unit masing-masing. Peserta jemputan terdiri dari Angkatan Tentera Brunei, Kastam Malaysia, APMM, PDRM dan Imigresen Malaysia.

Semoga program ini memberi kebaikan yang menyeluruh kepada banyak pihak. Amin.

Jemputan Program

This slideshow requires JavaScript.

Salam kepada pengunjung, anda boleh berhubung dengan saya untuk urusan pertanyaan dan pengisian program bagi syarikat anda bersama Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Anda boleh kenalkan saya kepada HR anda untuk dihubungi.

Ahmad Zalani Zakaria

019-378 3100

Marketing@FPSB