Monthly Archives: December 2011

Bank Kerjasama Rakyat: KPPD di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang.

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 9 hingga 11 hb Dis 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.

Mudah-mudahan program ini mampu mencapai Visi Bank Rakyat iaitu: “Bank Rakyat Bank Pilihan Anda”.

Ust Hashim Ahmad, Ust Nasib,  dan En Ahmad Zalani telah diamanahkan untuk mengendalikan program pada kali ini.

PLUS EXPRESSWAY: KPPD di Cherengin hill Resort, Janda Baik, Pahang.

Terima kasih kepada pihak Plus Expressway yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan Program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 6 hingga 8 hb Dis 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.

Ini merupakan siri yang ke-2 peringkat eksekutif pada tahun ini. Dengan hasil perubahan ketara yang telah berlaku kepada bekas peserta dan perubahan baik pada organisasi, kami di anugerahkan atas kepercayaan mereka untuk menjalankan program yang sama pada semua peringkat.

Terima kasih atas tawaran tersebut. InsyaAllah, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memohon bantuan Allah dalam menjayakan permintaan pihak Plus.

Terima kasih kepada urusetia program pada minggu ini iaitu En Anuar, yang terpaksa berulangalik dari Kuala Lumpur ke janda baik, Pahang semata-mata mahu memastikan kelancaran program kepada semua pihak.  Tahniah kerana memiliki kakitangan yang hebat dan berjaya menceriakan suasana sepanjang hari.

Ust Hashim Ahmad, Ust Rizal dan En Ahmad Zalani diamanahkan untuk mengendalikan program bersama mereka pada kali ini.

This slideshow requires JavaScript.


Open Program; Mukmin Pro Modul 1 Siri 2 (Kesedaran) di Dewan FPSB, PJ

This slideshow requires JavaScript.

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan anda dalam mengisi Program Mukmin Profesional sIRI 2, pada 3 Disember 2011. Program yang mana sebelum ini hanya tertumpu kepada organisasi, kini dibuka pada umum. 

Kepada Alumni Gagasan Mukmin Profesional, hadamkanlah buku nota yang diperolehi, ambillah yang baik dan laksanakan ia di dalam kehidupan. Semoga beroleh kebahagian dan ketenangan dalam menuju maksud hidup kita dijadikan. “What you SEE is what you GET, WHO you are determine WHAT you see”

Berjumpa kita lagi di Modul yang kedua iaitu pada bulan Mac akan datang.

Ust Pahrol, Ust Nasib dan En Ahmad berusaha memberikan yang terbaik kepada anda semua.