Monthly Archives: December 2012

Program Mukmin Profesional: Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Impiana Resort Cherating.

SSM siri 1

Program julung kali bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14, 15 dan 16 Dis 2012 ini telah diisi oleh Ust Pahrol, Ust Nasib dan Ust Junid.

Seramai 34 orang kakitangan SSM dari sekitar Semenanjung berkumpul di Impiana Resort Cherating untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membentuk dan merealisasikan bakat kepimpinan di dalam diri.

Program Mukmin Profesional: PETRONAS: PLC Bangi

Petronas siri 4

Terima kasih Pn Zubaidah, Pegawai Latihan PLC Bangi yang banyak membantu kami dalam menjayakan program Mukmin Profesional siri ke 4 kepada warga kerja petronas dari serata negeri.

Program yang diisi oleh Ust Pahrol Mohd Juoi dan Ust Nasib Zawawi telah berjaya dilaksanakan pada 4, 5 dan 6 Dis 2012.

Program Mukmin Profesional: DRB HICOM Automotive Manufacturing.

 

 

 

DRB HICOM Automotive Manufacturing

 

 

 
Terima kasih kepada pihak HR DRB HICOM AMM yang telah memilih syarikat Fitrah Perkasa Sdn Bhd sebagai pengendali latihan untuk kakitangannya. Ini merupakan program julung kali bersama DRB HICOM.

Program yang berjalan dengan jayanya pada 7, 8 dan 9 Dis 2012 bertempat di Semuji Resort, Pahang.

Pengisian kuliah daripada Ust Hashim dan Ust Nasib bersama interaksi peserta sangat membantu dalam mencerna perkongsian Ilmu.

Program Umum Mukmin Profesional: Dewan Besar IKIM pada 1 dan 2 Disember 2012.

Dewan Besar IKIM

 

 

 

 

Sebuah program mukmin profesional terbuka kepada umum telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Radio IKIM.

Seramai 109 orang peserta dari pelbagai negeri telah mengambil bahagian.