Monthly Archives: November 2018

Jemputan Allah

InsyaAllah hambamu ini berusaha untuk tiba pada tahun 2020. Wahai Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Permudahkanlah perjalananku ke sana bersama isteriku.

Advertisements

Rehat yang cukup

Ya Allah, berilah aku kesihatan yang baik. Segar dan bertenaga tubuh badan, Pantas bertindak, Cergas dan cerdas akal fikiran. Cekal, bersemangat dan tabah hadapi situasi mendatang.

15 minit tidur di siang hari

4 jam tidur di malam hari. Sudah cukup untuk memberikan tenaga yang akan digunakan sepanjang hari yang berikutnya.

Kita Milik Allah

Jasad kita, roh kita, akal kita semuanya milik Allah. Milik Allah. Allah yang punya. Tak boleh digunakan sembarangan atau berlawanan dengan tujuan di ciptakan.

Aktiviti dilakukan semata mata kerana Allah. Mengharapkan redha Allah.

Kelebihan seorang Hafiz al-Quran di dunia dan akhirat

  • Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027]