Indahnya Hidup, Sejahteranya Hati, Perjalanan Ditempuh, Menuju Ilahi.

 

Kita adalah tetamu senja.

Kita bukanlah warga dunia, kita adalah warga akhirat. Datuk kita Nabi Adam a.s. dan nenda kita Hawa asalnya dari syurga. Kita didamparkan ke dunia untuk laksanakan satu tugasan yang kita harap kita mempunyai suluhan yang terang untuk kembali menuju syurga semula.

Dunia dicipta oleh Allah untuk manusia. Manusia dicipta untuk akhirat. Bukan untuk menafikan kepentingan dunia, tetapi pentingnya dunia kerana adanya hari akhirat. (wise man says)

Indahnya hidup sekiranya kita dapat melihat kehidupan dengan pandangan Allah. Apa yang Allah kata bukan apa yang ciptaan Allah katakan.

Ya Allah, kurniakan kami iman yang sempurna sepertimana yang telah  Engkau firmankan kepada baginda Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat  Jibril.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”, Al-Anfaal: 8.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: