Fokus ya! Fokus

Hari ini terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan. Yang mana satu hendak dimulakan dahulu. Semuanya nampak penting. Kadang-kadang nak buat semua hinggakan banyak yang tak siap dan  ada perkara yang tak sempat nak mula.

Perkara seperti ini boleh dielakkan. Mari kita mula langkah awal dengan kaedah mudah. Selepas ini, setiap kali kita hendak buka kunci pintu samada pintu pagar, pintu pejabat, pintu kereta, pintu rumah dan pelbagai jenis pintu, cuba kita letakkan dahulu barang yang ada di kiri dan kanan tangan kita di bawah atau di tepi selain dari sejambak kunci pintu tersebut.

Masa inilah fikiran kita dapat fokus dengan memberi tumpuan semata-mata untuk membuka kunci pintu tersebut. Pintu pun mudah dibuka.

Sebaliknya, dengan tangan yang penuh dengan barang-barang, kemungkinan kita gunakan masa yang sedikit lama. Mungkin juga kunci atau barang di tangan  terjatuh ke lantai. Timbul rasa marah. Timbul rasa geram. Timbul rasa kecewa. (Perasaan tidak harmoni)

Hal yang sama boleh berlaku dalam tugas dan aktiviti harian kita . Apabila kita sering membawa bersama fikiran-fikiran yang belum masanya untuk kita fikirkan semasa melakukan aktiviti yang tepat pada masa tersebut, akhirnya nanti akan timbul perasaan beberapa perasaan tidak harmoni.

Contoh, ketika kita sedang mencari bahan untuk menyiapkan kertas kerja, apa yang sepatutnya dalam fikiran kita ialah kita tahu apa kita buat, kenapa kena buat, bagaimana nak buat, siapa kena buat, dimana nak buat dan bila nak mula dan submit. Disepanjang proses menyiapkan tugasan tersebut kita sentiasa memikirkan 5W1H tadi, InsyaAllah kita mampu menyiapkannya dengan cepat, tepat dan terbaik.

Kepuasan akan muncul hinggakan ianya menjadi tabiat yang menguntungkan pada diri sendiri.

Gangguan fokus sebenarnya seperti barang barang yang ada ditangan kiri dan kanan kita semasa kita hendak membuka pintu. Barang-barang tersebut penting, tapi bila kita ikut keutamaan, pintu dapat dibuka dengan cepat dan aktiviti lain dapat dimulakan.

Kelebihan lain ialah kita tak sempat nak mengundang rasa marah, geram atau kecewa.

Nampak simple tapi kesannya agak lumayan. Mulakan dengan aktiviti membuka pintu.

Q: Tapi bagaimana kalau idea yang bernas datang semasa kita fokus melakukan sesuatu?

A: Ya, bagaimana  sekiranya idea datang secara tiba-tiba. Kita nantikan kaedahnya selepas ini..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: