Kenapa aku susah nak habis baca satu buku?

Suatu petang di dalam bas dalam perjalanan pulang dari KL ke rumah:

Mud: Hai Mid! Assalamualaikum. Buat apa kau kat sini?

Mid: Oh! Mud, terperanjat aku. Waalaikumsalam. Aku nak balik rumahla ni. Kereta hantar bengkel. Esok ambil. Apa cerita?

Mud: Macamnilah hari-hari Mid. Pergi pagi pulang petang, cari makan bawa pulang untuk orang yang tersayang. Aku pergi kerja naik bas. Eh! Apa buku yang kau pegang tu nampak macam menarik kaler dia?

Mid: Oh! Ini buku Mukmin Profesional tulisan Ust Pahrol Mohd Juoi. Kau dah baca ker?

Mud: Aku? Heh..manala ada masa nak baca Mid, kau bayangkanlah, pagi nak kena bangun awal nak bersiap gi kerja. Lambat sikit, lama pulak aku kena duduk dalam jem. Kat opis jangan cakapla, lepas meeting kerja, lepas kerja meeting. Petang, balik rumah dah penat. Malam tengok TV sikit, lepas tu ngantuk tidor. Mana ada masa Mid…

Mid: Wah! Kau beruntunglah sebenarnya. Pergi-balik kerja dah tersedia driver. Banyak masa tuh, banyak benda boleh buat. Kau boleh gunakan masa ni untuk membaca.

Mud:Bagus cadangan kau tu Mid, tapi masalahnya aku kalau bab membaca ni susahlah nak habiskan satu-satu buku. Kadang baca buku tu separuh jalan aje.

Mid: Oh, itu bukan masalah . Sebenarnya kau tak jumpa cara yang betul dan menarik untuk menghabiskan bacaan kau. Cuba boleh cuba salah satu cara yang ada. Antaranya, pastikan ditangan sentiasa ada sebuah buku. Dimana sahaja, pada bila-bila masa boleh buka buku, sebab dah ada ditangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: