Motivasi Diri

Apa yang saya mahu?

Apa yang sebenarnya saya mahu?

Apa yang ada dalam fikiran saya?

Bukan, bukan apa yang ada dalam fikiran saya, tapi apa yang ada dalam jiwa saya..

Tanyalah jiwa saya..

jiwa saya adalah roh saya..

roh saya berkata…

Saya mahu syurga yang letaknya bersebelahan dengan syurga Nabi MUHAMMAD SAW. Dan syurga saya juga berjiran dengan syurga-syurga para NABI Allah, Para SAHABAT Nabi SAW, juga berjiran dengan syurga para KEKASIH Allah dan juga berjiran dengan semua AHLI syurga. Ya Allah, izinkan aku menatap Wajahmu sentiasa.

Segala perkara yang berlaku pada diri saya, TELAH dinyatakan bahawa semuanya saya boleh tanggung dan laksanakan, CONFIRM BOLEH BUAT. Terima kasih Allah. Janji Allah BENAR.

Jiwa saya yang kuat mampu memimpin nafsu, akal dan fizikal dalam mencapai apa yang saya mahukan.

Bagaimana membentuk jiwa yang kuat?

Rasakan hidup bertuhan. Saya perlu pada Tuhan, bukan Tuhan perlu pada saya.

Apakah jalannya?

Sebenarnya anda telah tahu jalannya. Ya, sebelum saya mengulangkaji jalannya, ayuh mari kita berfikir sejenak;

1. Lihatlah manusia yang berada berhampiran kamu. Berapakah usianya? Kenapakah mereka memiliki 2 tangan. Tidak mahukah mereka memiliki 3, 4 atau 8 tangan. Dengan tangan yang banyak sudah tentu banyak kerja mampu dilaksanakan dengan cekap dan mudah.

2. Masih lagi pada pandangan manusia yang sama, mengapakah matanya 2 sahaja, tidak lebih, supaya boleh sentiasa memerhatikan perkara yang berlaku dibelakang tubuhnya.

3. Mengapa juga tidak dibesarkan kepalanya supaya boleh memuatkan otak yang besar, maka dengan otak yang besar mampu memiliki kecerdasan yang hebat. Katanya, zaman sekarang siapa yang otaknya hebat, mampu menakluk dunia?

Sekarang mari kita jawab, berapa usia kamu?

Umur saya? Ya, umur kamu?

Umur saya 30 tahun, 40 tahun, emm belum cecah lagi umur saya…

Jadi, sepanjang perjalanan kamu mencapai usia yang telah kamu nyatakan tadi, pernahkah kamu melihat ketiga-tiga perkara di atas berlaku?

Pastinya tidak.

Ini adalah satu daripada banyak bukti yang menunjukkan kelemahan manusia. Walaupun manusia mampu menguasai bumi serta isinya dan juga langit, dibantu dengan ciptaan gadgetnya yang hebat, tetapi manusia masih tidak mampu untuk menambahkan bilangan anggota pada tubuhnya, apatah lagi menguasainya. Kuku yang berada dihujung ibu jari kita pun tak mampu dihalang dari tumbuh memanjang.

Lihatlah kuku ibu jarimu sekarang.

Tahan kukumu dari tumbuh. Perintahkan kukumu berhenti.

Masih ada angkuh? masih ada rasa hebat diri?

Kita tak sehebat mana rupanya. Buangkanlah keangkuhan diri. Mari kita lihat dan contohi untuk kita teladani kehidupan yang sebenar dan hakiki.

Orang yang dicaci dan dimaki suatu ketika dahulu kini dirindui dan disayangi. Bersusah payah menyendiri memikirkan perilaku manusia hingga menggadai diri. Menjadi manusia pilihan Ilahi. Sebagai saluran penyampai maksud tujuan hidup ini. Engkaulah kekasih yang disanjungi Muhammad SAW yang dicintai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: