Category Archives: Program

Felda Global Ventures Holding Berhad: Mukmin Profesional Modul 1

This slideshow requires JavaScript.

Tahniah kepada kakitangan FGVHB kumpulan 5 yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Program Mukmin Profesional Modul1 ini telah dijalankan di Felda Residence Kuala Terengganu pada 25 Feb hingga 28 Feb 2013.

Ust. Nasib, Ust. Pahrol, Ust Afizul dan En. Ahmad diamanahkan untuk kendalikan kursus ini. Berjumpa sekali lagi untuk Modul 2. Semoga semua peserta dapat memahami, mendalami dan mengalami maksud program Mukmin Profesional ini dijalankan.

Advertisements

Mukmin Profesional: DRB HICOM Automotive Manufacturing Siri 3

Hicom 0301

Terima kasih kepada pihak HR DRB HICOM AMM yang telah memilih syarikat Fitrah Perkasa Sdn Bhd sebagai pengendali latihan untuk kakitangannya. Ini merupakan Siri ke 3 bersama DRB HICOM.

Program yang sedang berjalan dari 1, 2 dan 3 Feb 2013 bertempat di Semuji Resort, Pahang.

En Samad selaku penghulu bagi kali ini banyak membantu kami dalam kecekapannya menguruskan pergerakan anak buahnya.

Program Mukmin Profesional: Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Impiana Resort Cherating.

SSM siri 1

Program julung kali bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14, 15 dan 16 Dis 2012 ini telah diisi oleh Ust Pahrol, Ust Nasib dan Ust Junid.

Seramai 34 orang kakitangan SSM dari sekitar Semenanjung berkumpul di Impiana Resort Cherating untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membentuk dan merealisasikan bakat kepimpinan di dalam diri.

Program Mukmin Profesional: PETRONAS: PLC Bangi

Petronas siri 4

Terima kasih Pn Zubaidah, Pegawai Latihan PLC Bangi yang banyak membantu kami dalam menjayakan program Mukmin Profesional siri ke 4 kepada warga kerja petronas dari serata negeri.

Program yang diisi oleh Ust Pahrol Mohd Juoi dan Ust Nasib Zawawi telah berjaya dilaksanakan pada 4, 5 dan 6 Dis 2012.

Bank Kerjasama Rakyat: KPPD di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang.

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 9 hingga 11 hb Dis 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.

Mudah-mudahan program ini mampu mencapai Visi Bank Rakyat iaitu: “Bank Rakyat Bank Pilihan Anda”.

Ust Hashim Ahmad, Ust Nasib,  dan En Ahmad Zalani telah diamanahkan untuk mengendalikan program pada kali ini.

PLUS EXPRESSWAY: KPPD di Cherengin hill Resort, Janda Baik, Pahang.

Terima kasih kepada pihak Plus Expressway yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan Program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 6 hingga 8 hb Dis 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.

Ini merupakan siri yang ke-2 peringkat eksekutif pada tahun ini. Dengan hasil perubahan ketara yang telah berlaku kepada bekas peserta dan perubahan baik pada organisasi, kami di anugerahkan atas kepercayaan mereka untuk menjalankan program yang sama pada semua peringkat.

Terima kasih atas tawaran tersebut. InsyaAllah, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memohon bantuan Allah dalam menjayakan permintaan pihak Plus.

Terima kasih kepada urusetia program pada minggu ini iaitu En Anuar, yang terpaksa berulangalik dari Kuala Lumpur ke janda baik, Pahang semata-mata mahu memastikan kelancaran program kepada semua pihak.  Tahniah kerana memiliki kakitangan yang hebat dan berjaya menceriakan suasana sepanjang hari.

Ust Hashim Ahmad, Ust Rizal dan En Ahmad Zalani diamanahkan untuk mengendalikan program bersama mereka pada kali ini.

This slideshow requires JavaScript.


PLUS EXPRESSWAY: KPPD di Hotel Impian, Morib.

Terima kasih kepada pihak Plus Epressway yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 15 hingga 17 hb Nov 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.

Ini merupakan siri yang ke-11 pada tahun ini. Dengan hasil perubahan ketara yang telah berlaku kepada bekas peserta dan perubahan baik pada organisasi, kami di anugerahkan atas kepercayaan mereka untuk menjalankan program yang sama pada peringkat eksekutif.

Terima kasih atas tawaran tersebut. InsyaAllah, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memohon bantuan Allah dalam menjayakan permintaan pihak Plus.

Terima kasih kepada urusetia program pada minggu ini iaitu Pn Fadzlon dan En Anuar, atas kerjasama yang sangat hebat dalam membantu kami mencapai kejayaan matlamat program. Terima kasih juga pada penghulu pada kali ini, En Hayani dari kumpulan Abu Bakar dan Pn Ana dari kumpulan Aishah. Tahniah kerana memiliki anak buah yang hebat dan anda berdua berjaya menceriakan suasana sepanjang hari.

Ust Hashim Ahmad, Ust Junaid, Tn Hj Ahmad Salim dan En Ahmad Zalani diamanhakan untuk mengendalikan program pada kali ini.

This slideshow requires JavaScript.

MOSTI: Transformasi Profesionalisme di Regency Hotel, Tanjung Tuan, PD.

Terima Kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd untuk mengendalikan Program Transformasi Profesionalisme buat julung kalinya. Sebelum ini, pihak kami dijemput sebagai penceramah bagi mengisi slot-slot pilihan di Putrajaya.

Ustaz Nasib, Ustaz Junaid, Ustaz Pahrol, Ustaz Arif dan En Ahmad Zalani diamanahkan untuk kendalikan program ini.

Terima kasih juga pada kerjasama yang sangat baik daripada pihak urusetia MOSTI iaitu Ustaz Azwan dan Ustazah Khairani dalam menjayakan program ini.

Program yang telah berlangsung di Hotel Regency, Port Dickson ini dihadiri oleh seramai 35 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan.

Semoga semua peserta mendapat pertambahan ilmu, bersedia dan berusaha untuk melakukan transformi ke arah kecemerlangan diri dan organisasi. Tahniah kepada semua peserta.

This slideshow requires JavaScript.

UMUM: Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular; PPLI, IKIM.

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada pihak IKIM yang telah menjemput Fitrah Perkasa Sdn Bhd bagi mengendalikan bengkel penulisan Islami yang telah diamanahkan kepada Ust Pahrol Mohd Juoi.

Bengkel yang berlangsung selama 1 hari pada 12/11/2011 bertempat di Dewan Besar, IKIM, telah dihadiri oleh seramai 80 orang peserta dari pelbagai negeri. Program yang berjalan dari pukul 8.00 pagi – 4.30 ptg dirasakan seperti tidak mencukupi  dan terlalu singkat.

Banyak pengalaman penulis dikongsikan bersama dengan peserta. Semoga semua peserta pada  kali ini dapat menyediakan sebuah penulisan yang mantap dan mampu mengisi kepuasan jiwa pembaca.

Tahniah kepada semua peserta.

KAGAT: Mukminah Profesional di Hotel Royale Bintang Seremban

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang memberikan kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd untuk mengisi program Nadwah Ilmiah Isteri-Isteri Pegawai Kanan 2011. Terima kasih yang tak terhingga pada Mejar Zambri selaku ketua koordinator program bersama team KAGAT, kerana banyak membantu kami dalam kelancaran pengisian program dan aktiviti.

Program ini berlangsung pada 24 Okt hingga 28 Okt ini diisi oleh  Ust Hashim, Ust Nasib dan En Ahmad Zalani.

Semoga program ini memberi manfaat dan kebaikan yang banyak kepada keluarga peserta. Amin.