Category Archives: Program

KAGAT: Mukmin Profesional di Hotel Royale Bintang Seremban

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang memberikan kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd untuk mengisi program Nadwah Ilmiah NAIM Pegawai Kanan 2011 kali ke 3 berturut-turut. Terima kasih yang tak terhingga pada Mejar Zambri selaku ketua koordinator program bersama team KAGAT, kerana banyak membantu kami dalam kelancaran pengisian program dan aktiviti.

Program yang berlangsung pada 24 Okt hingga 28 Okt ini diisi oleh Ust Pahrol, Ust Hashim, Ust Nasib, Tn Hj Ahmad Salim, Ust Arif dan En Ahmad Zalani.

Response yang baik datangnya dari peserta yang ingin membawa Modul Mukmin Profesional ini ke jabatan dan unit masing-masing. Peserta jemputan terdiri dari Angkatan Tentera Brunei, Kastam Malaysia, APMM, PDRM dan Imigresen Malaysia.

Semoga program ini memberi kebaikan yang menyeluruh kepada banyak pihak. Amin.

Advertisements

Jemputan Program

This slideshow requires JavaScript.

Salam kepada pengunjung, anda boleh berhubung dengan saya untuk urusan pertanyaan dan pengisian program bagi syarikat anda bersama Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Anda boleh kenalkan saya kepada HR anda untuk dihubungi.

Ahmad Zalani Zakaria

019-378 3100

Marketing@FPSB

Takaful Ikhlas: KPPD di Impian Rimba

  

 

Terima kasih kepada Takaful Ikhlas yang tidak jemu-jemu menjemput kami bagi menjayakan Program KPPD kepada kakitangan lantikan baru bertempat di Impian Rimba Resort pada 21 Okt hingga 23 okt 2011.

Sudah tentu kepercayaan yang diberikan akan kami balas dengan kesungguhan dan komitmen yang penuh, InsyaAllah. Semoga para peserta mampu melihat diri ini sebagai hamba Allah yang diamanahkan untuk mentadbir bumi.

Ust Nasib bersama Ust Junaid akan bersama peserta dalam menghabiskan modul kppd ini.

UPSI: Mukmin Profesional di Bangunan Bitarasiswa

Terima kasih kepada Unit Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak, yang memberi kepercayaan kepada kami bagi menjalankan program Mukmin Profesional kepada kakitangan UPSI. Seramai 38 peserta lelaki dan 9 peserta wanita bertuah dipilih untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh mereka. Program ini berlangsung pada 24 okt – 25 okt 2011.

Ust Hashim, Ust Pahrol dibantu oleh En Ahmad dan Brother Afdhaluddin berusaha memastikan peserta dapat bersedia dalam memberikan tumpuan dan kesungguhan bagi mencapai maksud percambahan Ilmu dan bermotivasi untuk bergerak ke daerah kebaikan.

Tahniah kepada Urusetia program yang mendapat anak buah yang baik-baik dan mudah bagi mereka menguruskan perjalanan program.

This slideshow requires JavaScript.

UMUM: Mukmin Profesional di Dewan Latihan Fitrah Perkasa

Alhamdulillah program Umum Mukmin Profesional Modul 1 (First Batch) telah berjaya dilaksanakan pada 22hb Oktober 2011. Terima kasih kepada semua peserta yang bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan manfaat sebanyak mungkin dari program yang dijalankan selama sehari. Kerana andalah, tugas kami sebagai fasi menjadi mudah dan lancar hasil dari komitmen anda yang tinggi.

Peserta lelaki seramai 16 orang manakala wanita seramai 23 orang.

Ustaz Pahrol, Ustaz Hashim, En Ahmad, Pn Saadah dan Cik Nurul berusaha memberikan terbaik kepada peserta.

InsyaAllah antara perkara yang boleh diberikan kepada Alumni Gagasan Mukmin Profesional ialah, mendapat potongan harga bagi belian buku-buku edaran Fitrah Perkasa Sdn Bhd sebanyak 20%.

Kepada Peserta Batch 1, kongsikan pengalaman anda pada program ini. Terima kasih diatas sokongan anda.

This slideshow requires JavaScript.

PLUS EXPRESSWAY : KPPD di Hotel Impian Morib

 

Terima kasih kepada PLUS EXPRESSWAY yang telah memberikan kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd bagi menjayakan Program KPPD bertempat di Hotel Impian Morib. Program yang berlangsung selama 3 hari ini akan bermula pada 19 okt hingga 21 okt  2011.

Ust Hashim dan Ust junaid bersama-sama mengambil tugas yang diamanahkan, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka di sana.

Selamat berkursus kepada seluruh kakitangan yang terbabit. Semoga anda mendapat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang anda tinggalkan.

PERODUA: Mukmin Profesional di Perangsang Templer Golf Club

  

Terima kasih kepada Perodua yang memberi sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa bagi menjalankan program Mukmin Profesional siri ke 6 untuk tahun ini. Ust Nasib dan Brother Arif  diamanahkan untuk menjalankan program tersebut selama 2 hari bermula 19 okt hingga 20 okt 2011 di Perangsang Templer Golf Club.

Selamat berkursus kepada peserta perodua yang terdiri daripada dan Penyelia-Penyelia bahagian.

UiTM Puncak Alam: Mukmin Profesional Mahasiswa Cemerlang

 

Terima kasih kepada unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian HEP & Alumni, UiTM Kampus Puncak Alam yang memberi kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd bagi mengendalikan program Mukmin Profesional kepada  Mahasiswa/i di sana. Program yang akan berlangsung pada 15 hb Okt 2011 ini akan bermula pada pukul 8.00pagi dan dihadiri oleh seramai 100 orang peserta.

Ketibaan awal sehari kami bagi tujuan pemeriksaan awal dewan latihan disambut dalam suasana mesra dan ceria oleh Ust Sulaiman dan Puan Mawaddah . Kami diamanahkan untuk menyampaikan maksud dan kehendak mereka antaranya agar para peserta dapat menggilap dan mempertingkatkan jati diri  dengan cara yang betul dan tepat. Bagaimanakah cara kita mendapatkan, meningkatkan dan mengekalkan momentum Mahasiswa/i Cemerlang? InsyaAllah mereka dapat perolehinya semasa program ini berlangsung.

Ust Pahrol, Ust Hashim, brother Arif dan saya berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka semua kerana mereka adalah antara pewaris kepimpinan dimasa akan datang. Kita mahukan pemimpin yang cemerlang mentadbir dunia dalam memandu perjalanan menuju akhirat. Amin.

Siaran langsung Al Kuliyyah Hari Ini di TV3 (5pm-6pm)

  Fitrah Perkasa Sdn Bhd

Saksikan Ust Pahrol Mohd Juoi bersiaran secara langsung di rancangan Al-Kuliyyah, TV3 petang ini.

Tajuk : Bersangka Baik Demi Cinta

Masa : 5.00 PM- 6 PM

Tarikh : 14 Okt 2011

BAKAT LAUT: KPPD di Lumut

  

Terima kasih kepada BAKAT LAUT LUMUT yang tidak jemu-jemu bersama Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam menjayakan program KPPD kepada ahlinya. Ust Nasib bersama ust. Sayuti dan ust Khairudin diamanahkan menjalankan program ini di sana.

Program yang bermula pada 11 okt dan akan berakhir pada 13 okt 2011. Selamat berkursus kepada anggota BAKAT LAUT di Lumut.