Blog Archives

PLUS EXPRESSWAY: KPPD di Cherengin hill Resort, Janda Baik, Pahang.

Terima kasih kepada pihak Plus Expressway yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada Fitrah Perkasa Sdn Bhd dalam mengendalikan Program Kesedaran Pencetus Perkasa Diri pada 6 hingga 8 hb Dis 2011. Program yang diolah untuk mengubah minda dan tindakan peserta kearah kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada diri, keluarga, kerjaya dan organisasi.

Ini merupakan siri yang ke-2 peringkat eksekutif pada tahun ini. Dengan hasil perubahan ketara yang telah berlaku kepada bekas peserta dan perubahan baik pada organisasi, kami di anugerahkan atas kepercayaan mereka untuk menjalankan program yang sama pada semua peringkat.

Terima kasih atas tawaran tersebut. InsyaAllah, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memohon bantuan Allah dalam menjayakan permintaan pihak Plus.

Terima kasih kepada urusetia program pada minggu ini iaitu En Anuar, yang terpaksa berulangalik dari Kuala Lumpur ke janda baik, Pahang semata-mata mahu memastikan kelancaran program kepada semua pihak.  Tahniah kerana memiliki kakitangan yang hebat dan berjaya menceriakan suasana sepanjang hari.

Ust Hashim Ahmad, Ust Rizal dan En Ahmad Zalani diamanahkan untuk mengendalikan program bersama mereka pada kali ini.

This slideshow requires JavaScript.


Advertisements